Khamis, 3 Mei 2007

Mari Belajar Pantun


Mau tau care membuat pantun yang lebeh baek ?

pantun itu punye due jenis,
jenis istane, dan jenis orang kebanyakan.
yang serig kite dengar itu adelah pantun2 jenis orang kebanyakan.
lalu, hari ini kite bicarekan pulak pasal pantun istane,

pantun istane itu adelah pantun yang mempunyai rima bukan sahaje pade hujong ayat, namun pade pertengahan ayat jugak

contoh:
dua tiga kucing berlari
manakan sama si kucing belang
dua tiga boleh kucari
manakan sama cik adik seorang

kalau dilihat daripada pantun tradisional populer di atas,
rima nya bukanlah hanya terletak pada setiap penghujung baris ;
a
b
a
b

tetapi terletak juga pada pertengahan baris ;
a b
b a
a b
b a

ini boleh dilihat pada baris pertama pembayang;
dua tiga kucing berlari
yang sama rimanya dengan baris pertama penyebut;
dua tiga boleh kucari

begitu juga dengan setiap baris kedua pembayang dan penyebut;
manakan sama si kucing belang
manakan sama cik adik seorang

dan pantun paling lengkap adelah pantun yg sama sukukatanya
contoh:
Apa guna pasang pelita,
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain mata
kalau tidak dengan sungguhnya

harus juge diingat, puisi yang mempunyai rima sebegini;
a
a
a
a
bukanlah pantun, tetapi syair.
jangan kelirukan antare rima syair dan pantun ye.

selamat menulis pantun

2 ulasan:

sHiBi on 7 Mei 2007 pada 11:37 PG berkata...

ko nk jadi pemantu berjaye ke?xpe2 aku support dr jauh..:p

alifmimyanun on 10 Mei 2007 pada 11:08 PTG berkata...

pemantu tu ape ?

...

wallpaper gadis cantik
(=U v U= )
th_black-and-white-wallpaper.jpg th_gloomy-girl-wallpaper.jpg th_in-green-wallpaper.jpg
 

Ranjau Sepanjang Jalan Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template