satu
cekgu
janganlah engkau kecewa
kiranya nanti anak didikmu ini tidak menjadi
bukanlah silap engkau mengajar
kemungkinan aku yang tidak mendengar kata
cekgu
janganlah sesekali berasa penat
atas semua perkara yang engkau lakukan
tidak semua benda boleh dipaksa2
bersabar itulah jalan yang terbaik
cekgu
bukanlah semua usaha kita berhasil
kadang-kala pasti ada celanya
kerana pada setiap yang tecipta itu
datang bersama baik dan buruknya
cekgu
janganlah engkau merasa kesal
atas kesilapan masa yang lalu
bukankah warna kehidupan ini
hitam dan putih silih berganti ?
cekgu
bukanlah kita ini sempurna
kerana kita manusia
fitrahnya leka dan pelupa
dua
bukankah hatimu bagai dirobek2
disalahkan untuk setiap kesilapan
yang terjadi atas mereka
namun mengapa
engkau masih disini ?
bukankah kakimu bagai bagai dicucok jarum
kerana berdiri sepanjang hari
untuk keputosan yang belum pasti
namun mengapa
engkau masih berdiri ?
bukankah badanmu sudah lelah2
melakukan kerja yang sepatutnya
tidak engkau lakukan
namun mengapa
engkau masih berdegil ?
bukan kau tak tahu
kerja sebegini memang memenatkan
entah nanti dihargai entah tidak
entah nanti engkau menangis entah tidak
entah nanti engkat kecewa entah tidak
masa depan adalah sesuatu yang tak pasti
namun bila kau berjaya menahan marahmu
menetapkan sabarmu
mungkin kau nanti disanjung ramai
disayang orang
mungkin juga..
favorit saye adelah sajak yang pertame, bile saye menulis sajak kedua, saye kehilangan idea sebab semue idea sudah diperah untuk sajak pertama, dan saye rase sajak kedua kedengaran sediket cheesy.
saye rase dah tak pandai menulis sajak.
eh, hari guru bukan bulan jun ke ?