Sabtu, 29 Jun 2013

Perihal yang Malas Jadi Rajin Tiba-tiba dan Bola sepak


"kau tak tengok bola" tanya kenalan saya yang sungguh meminati bola sepak dan sering bicara bola sepak tiap kali bertemu bila mengetahui yang saya tidak begitu meminati sukan dan jarang-jarang menonton sebarang acara sukan termasuklah gusti, renang, susun cawan kertas malah bola sepak. "tak" jawab saya ringkas, "apasal, kau tak sokong team JDT kah, ruginya." ujarnya lagi yang membuatkan saya jadi resah, hangin, tak senang badan, menyampah, dan merasa orang yang bertanya soalan sebegini semacam bodoh kerana sibuk dengan cara hidup orang lain yang tidak menganggunya. "tak dapat duit pun tengok bola" itu jawapan klise saya. .... "mati pun tidak berdosa pun tidak" .... kenalan saya itu diam sahaja, terpukul agaknya dengan jawapan saya. yang lain cuma tersenyum sinis, ada yang menunjukkan thumb up, dan saya sekadarnya ketawa kecil di dalam hati. bola sepak itu sukan, namun cuma kepada mereka yang bermain sahaja. kepada yang menonton, ia sudah jadi wadah hiburan. saya tidak terhibur dengan bola sepak, tapi saya terhibur dengan membaca, saya terhibur dengan melihat karenah manusia, saya terhibur dengan suara ibu saya memanggil saya dan saya terhibur dengan senyuman para gadis. sebagai ciptaan Tuhan yang punya akal dan jiwa, manusia punya pilihan dalam memilih cara dan gaya kehidupan. selagi tidak menyalahi undang2, tidak mendatangkan fitnah, tidak melanggar syariat dalam beragama, maka biarlah masing-masing memilih cara dan gaya masing-masing. *bukan cerita benar

0 ulasan:

...

wallpaper gadis cantik
(=U v U= )
th_black-and-white-wallpaper.jpg th_gloomy-girl-wallpaper.jpg th_in-green-wallpaper.jpg
 

Ranjau Sepanjang Jalan Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template